Kidsventure Live Webinar Pelan Perniagaan Mini 1
10 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 09 Mei 2026, seorang peserta telah mengikuti sesi Kidsventure Live Webinar Pelan Perniagaan Mini 1 yang dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet. Webinar tersebut memberi pendedahan awal mengenai asas perniagaan dan cara membangunkan idea bisnes dengan lebih tersusun dan kreatif.
Dalam sesi tersebut, peserta telah mempelajari maksud model bisnes serta kepentingannya dalam membantu sesebuah perniagaan beroperasi dan menjana pendapatan. Penceramah turut menerangkan konsep Business Model Canvas (BMC) sebagai alat yang digunakan untuk merancang dan memahami struktur perniagaan dengan lebih jelas.
Selain itu, peserta juga didedahkan kepada bagaimana BMC membantu idea perniagaan berkembang secara lebih sistematik. Penerangan diberikan dengan mudah difahami supaya peserta dapat memahami hubungan antara pelanggan, produk, sumber pendapatan dan kos dalam sesebuah perniagaan.
Di samping itu, peserta turut diperkenalkan dengan gambaran 9 bahagian utama dalam Business Model Canvas yang menjadi asas penting dalam pembangunan sesebuah model perniagaan. Webinar ini membantu peserta memperoleh pengetahuan asas keusahawanan serta meningkatkan kefahaman tentang perancangan perniagaan mini secara lebih teratur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: